Tuesday, January 1, 2008

Macam mane nak kerja dengan Kerajaan?



Assalamualaikum..

Jumpa lagi kite dengan tip2 baru.. bertanya mengenai kerja? Apekah soalan yang bermain difikiran ada sekarang ni? haha...dah tentu nak kerja dengan swasta ataupon kerajaan(gov)?
Tentu sukar bagi sesetengah orang hendak memikirkannya. Terpulang kepada individu itu tersendiri. Bagi saya, dua2 best janji masyuk..huhu :)

Tapi sekarang ni saya taknak cerite camner nak apply keje swasta...tapi berbalik kepada tajuk iaitu macam mane nak kerja dengan Kerajaan? Bagi yang dah tahu..anggaplah cebisan tips ini untuk mengajar kepada rakan2 yang lain..bagi yang belum mengetahui, bacalah, ingatlah, praktikanlah..semoga kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari blog ini k..ingat mengingati sesama insan..hehe

Anda jug aboleh memilih untuk memohon secara online ataupon manual..saya lebih mendorong anda semua supaya memohon secara online kerana lebih mudah dan fleksibel.

okla cerita panjang2 pulak..direct terus dah laa..hehe..langakah2 nya adalah:

1) Anda semua perlu masuk ke laman : www.spa.gov.my

Untuk mendaftar online sekarang sila klik dibawah:
www.spa.gov.my "Apply Online Now"

2) kemudian, anda pilih di menu sebelah kiri website, mengikut kelulusan anda samaada

- Ijazah/Sarjana/PHD
- Ijazah & Diploma/ Ijazah & STPM
- Diploma/Sijil
- STPM/HSC
- SPM/SRP/PMR
- Separa Perubatan
- Berkhidmat/KPSL


3) Satu Tab baru akan muncul seperti http://putra3.spa.gov.my

kemudian isi semua maklumat yang perlu diisi. Selalunya loading untuk menunggu paparan pengisian borang spa dapat dilihat agak lambat pada ketika ini. Jadi nasihat saya, supaya anda semua bersabar yer..almaklumlah sekarang nikan gaji kerja gov banyak yang naik..jadi orang pon sudah semakin ramai yang berminat untuk memohon...


Satu lagi tip yang boleh saya berikan adalah, pastikan anda semua telah membuat sedikit kajian terhadap jawatan yang hendak dimohon terlebih dahulu, sebelum anda memohon terus bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa proses memohon secara online.

Okla SELAMAT BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA..kalau ade ape2 nak komen atau cadangan leh aje k..


izz :)

No comments:

Blog Unitar Konvokesyen 2007

Selamat datang diucapkan kepada anda semua yang sudi melawati blog ini. Saya izz (admin) mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung menjayakan blog ini.

Untuk pengetahuan semua, blog ini diwujudkan bagi semua siswa siswi yang ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai convocation yang telah diadakan. Selain itu, blog ini juga banyak memberi tips tentang peluang kerjaya yang ada diluar. Blog ini bukanlah blog sebenar oleh unitar, tetapi ia merupakan sebuah blog persendirian yang dibangunkan atas inasiatif pihak admin sendiri.

Segala info dan gambar yang terkandung didalam blog ini boleh disalin, ditiru dan dijual untuk kegunaan anda semua dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak admin terlebih dahulu..susunan ayat dan bahasa diblog ini adalah mengikut adunan pihak admin yang agak santai walaupun anda tidak bersantai pada waktu ini :) jika terdapat sebarang cadangan atau info bolehlah email kepada pihak admin di allbizztech@gmail.com