Saturday, January 19, 2008

Job Vacancies At PUBLIC BANK BHD Area Sel/Kl




Assalamualaikum diucapkan
kepada semua kawan2 yang dihormati sekalian..
berita baik bagi anda yang tercari2 kerja baru sudah tiba..haha
this info adalah daripada saudara wan kita yang bagi..terima kasih diucapkan.


VACANCIES AVAIBLE
-credit officers
-Sales & Marketing Executives
-Personal Finacial Executive
-Banassurance Sales Executives
-Share Investment Executives
-Islamic Banking Marketing Executives
-Customer Service Executives
-Card Processing Executives
-Senior Officers
-Internal Auditors
-Analyst Programmers
-System Support Analysts

REQUIREMENTS
-A recognised Degree/Dip
-Good Communication,interpersonal and follow-through skills
-Experience would be advantageous.however fresh graduates will also be considered

those interested are invited to apply send your resume along with a passport- size photograph (non-returnable) to:

e_once86@yahoo.com

TQ...

Info Tentang Proton Baru

Sedikit informasi terkini mengenai topik Proton Baru 2008 - Proton Saga BLM.

Seperti yang mana kita tahu, proton BLM dikatakan model proton baru yang bakal mendapat menarik kembali keyakinan rakyat malaysia keatas jenama Proton.

Begitu banyak Promosi dilakukan dari media cetak, ke media elektronik seperti radio , tv mahupun internet.
Saham saham Proton juga sudah mula menampakkan perkembangan positif.

Tetapi adakah semua harapan ini mampu di realisasikan oleh Proton dengan Model terbarunya selepas proton persona iaitu proton saga BLM ( code name)?
Sama-sama kita tunggu.


Antara Gambar2 New Saga BLM










Saga BLM Mod















Sporty Design

















SAGA Medium line

















Bahagian Dalam SAGA

















Pandangan dari belakang

















Pandangan dari depan


Harga New SAGA BLM

Kelas Harga Proton BLM :-

Proton BLM N-Line (eNtry)
BLM 1.3 MT (solid) RM 31,500.80

Proton BLM B-Line (Base)
BLM 1.3 MT (solid) RM 34,548.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 34,998.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 37,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 37,998.00

Proton BLM M-Line (Medium)
BLM 1.3 MT (solid) RM 37,048.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 37,498.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 39,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 39,998.00

Menarik Tentang New SAGA (BLM)

Perbandingan Penjimatan Minyak Proton BLM dengan Proton Savvy :-
Protn Savvy 8sen/km (Malaysia Book Records)
Proton BLM 11sen/km.


Max Speed Proton BLM
dikatakan boleh mencapai kelajuan 165km/j.

Kekuatan HorsePower Proton BLM dikatakan mampu peri sehingga 94bhp pada 6000rpm ( mengatasi honda city idsi iaitu 87bhp pada 5500rpm).

Dari segi keselamatan, walaupun ianya tidak didatangkan dengan teknologi ABS( anti lock breaking system) ataupun EBD, tetapi kestabilan dan kekuatan rangka utama yang terletak pada casis ialah bahan binaan casis itu sendiri yang mana casis Proton saga BLM ini diperbuat daripada Galvanized steel (High Tensile High Strength Steel) yang mana mendapat pengiktirafan 3 bintang dari badan bebas TUV Germany, sama tahap dengan BMW 5 series. Fuiiyooo..

Proton Saga BLM ini dilengkapi dnegan nadi baru Campro 1.3 + IAFM (Intake Air Fuel Module) yang mana mamu memberi kuasa pada rpm rendah, ini semamangnya dapat membantu kerja pendakian dengan lebih mudah.

Keluasan bonet Proton BLM ialah 413L , beza cuma 17L berbanding Proton Persona (430L).

Itu saja serba sedikit informasi terkini buat masa ini. Nanti jika ada gambar proton BLM atau video proton BLM akan saya kemas kini semula.

Sunday, January 13, 2008

Mahu menonton FREE TV1 dan TV2 secara online?




Assalamualaikum kepada anda semua..
minggu ini saya agak sibuk sedikit, tetapi saya tetap akan meneruskan untuk memberi perhidmatan kepada anda semua. Kali ini, anda sudah boleh menonton TV1 dan TV2 secara online dan berita gembiranya ianya adalah PERCUMA dan tidak memerlukan anda untuk menggunakan sebarang perisian 3rd party untuk menonton seperti TV PLAYER dan lain2.

Setakat ini, blog ini hanya menyediakan untuk perkhidmatan TV1 dan TV2 sahaja. Tapi kepada anda semua janganlah berasa sedih, saya akan cuba untuk mendapatkan kerjasama dengan pihak penyiaran untuk stesyen televisyen lain2 seperti TV3, dan banyak lagi. Diharap anda semua bersabar kemunculannya. hehe :)

Anda boleh menonton TV Online yang ada pada sidebar sebelah kanan. Sila Tekan Butang PLAY untuk Menonton TV Online. Jika tiada Butang PLAY, ia bermakna PC anda masih belum mempunyai plugin wmp. Tetapi tidak mengapa, anda masih boleh menonton hanya dengan klik kanan pada kotak hitam tersebut dan anda boleh klik Play, zoom full screen dan lain2 lagi.

Selamat Menonton Dan Bergembira..

Friday, January 11, 2008

Selamat Tahun baru

Assalamualaikum..
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru (Maal hijrah 1429) bagi seluruh umat Islam.
Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan lagi usaha kita untuk terus maju dimasa hadapan.

Thursday, January 3, 2008

Kongsi gambar anda dengan blog ini


Assalamualaikum,

Saya dengan rasa tidak malunya ingin meminta jasa baik kawan2 semua supaya dapat menghantar gambar2 kenangan di PICC aritu supaya dapat dikongsikan dengan kawan2 yang lain. Untuk menghantar gambar2 itu anda bolehlah melalui 2 cara :

1- emailkan kepada allbizztech@gmail.com

2- send melalui ym, jika saya tidak tersenarai didalam list
kawan anda, sila add saya dengan menggunakan email :
muhammad_izzat86@yahoo.com


Kerjasama anda amat dihargai..Jgn lupe untuk send yer..

Wednesday, January 2, 2008

Tuesday, January 1, 2008

Macam mane nak kerja dengan Kerajaan?



Assalamualaikum..

Jumpa lagi kite dengan tip2 baru.. bertanya mengenai kerja? Apekah soalan yang bermain difikiran ada sekarang ni? haha...dah tentu nak kerja dengan swasta ataupon kerajaan(gov)?
Tentu sukar bagi sesetengah orang hendak memikirkannya. Terpulang kepada individu itu tersendiri. Bagi saya, dua2 best janji masyuk..huhu :)

Tapi sekarang ni saya taknak cerite camner nak apply keje swasta...tapi berbalik kepada tajuk iaitu macam mane nak kerja dengan Kerajaan? Bagi yang dah tahu..anggaplah cebisan tips ini untuk mengajar kepada rakan2 yang lain..bagi yang belum mengetahui, bacalah, ingatlah, praktikanlah..semoga kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari blog ini k..ingat mengingati sesama insan..hehe

Anda jug aboleh memilih untuk memohon secara online ataupon manual..saya lebih mendorong anda semua supaya memohon secara online kerana lebih mudah dan fleksibel.

okla cerita panjang2 pulak..direct terus dah laa..hehe..langakah2 nya adalah:

1) Anda semua perlu masuk ke laman : www.spa.gov.my

Untuk mendaftar online sekarang sila klik dibawah:
www.spa.gov.my "Apply Online Now"

2) kemudian, anda pilih di menu sebelah kiri website, mengikut kelulusan anda samaada

- Ijazah/Sarjana/PHD
- Ijazah & Diploma/ Ijazah & STPM
- Diploma/Sijil
- STPM/HSC
- SPM/SRP/PMR
- Separa Perubatan
- Berkhidmat/KPSL


3) Satu Tab baru akan muncul seperti http://putra3.spa.gov.my

kemudian isi semua maklumat yang perlu diisi. Selalunya loading untuk menunggu paparan pengisian borang spa dapat dilihat agak lambat pada ketika ini. Jadi nasihat saya, supaya anda semua bersabar yer..almaklumlah sekarang nikan gaji kerja gov banyak yang naik..jadi orang pon sudah semakin ramai yang berminat untuk memohon...


Satu lagi tip yang boleh saya berikan adalah, pastikan anda semua telah membuat sedikit kajian terhadap jawatan yang hendak dimohon terlebih dahulu, sebelum anda memohon terus bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa proses memohon secara online.

Okla SELAMAT BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA..kalau ade ape2 nak komen atau cadangan leh aje k..


izz :)

Sunday, December 30, 2007

Peluang kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sudah lama tidak dapat menulis di blog ni..sorylaa..
sibuk sikit sekarang ni..
kepada anda semua yang dah convo ni..dah dapat kerja ker belom?
tahniah la kepada sesiapa yang sudah pon mendapatkan pekerjaan..
tidak kira la kerja jawatan besar ataupon tidak ..janji kerja itu halal. betul x cik kiah?hehe
kepada yang masih belom mandapatkan pekerjaan ataupon masih tercari-cari jawatan yang lebih baik, kini anda perlu menarik sedikit nafas lega kerana pihak admin akan memberikan serba sedikit alamat web yang boleh anda kunjungi dan memohon..anda boleh mencuba di:



1) http://myjobs.upsi.edu.my/job/recruitment.jsp



Di laman ini anda boleh memohon pelbagai jawatan. Ini adalah memohon jawatan di UPSI.
Banyak juga jawatan disini yang boleh kite mohon..
Permohonan adalah secara online.
Tarikh tutup permohonan adalah pada
07 JANUARI 2008.
Bagi permohonan jawatan Pensyarah Universiti sahaja terbuka sepanjang tahun.



2) http://pendaftar.upm.edu.my/

Semua pemohon hendaklah mendaftar disini sebagai pengguna terlebih dahulu.
Setiap pemohon boleh memohon tidak lebih dari 3 (tiga) jawatan yang ditawarkan.
Anda tidak perlu menghantar cetakan borang ini dan salinan sijil-sijil kepada pihak UPM.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 JANUARI 2008.
Sekiranya calon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh masa 6 bulan maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.



Setakat ini sahaja yang terbaru..jika anda hendak memberi sebarang info mengenai peluang pekerjaan email kepada pihak admin yer..jgn kedekut tau..Selamat memohon.. izz :)

Wednesday, December 19, 2007

Tahniah kepada semua kawan2 yang dah pon tamat kan pengajian di UNITAR.
Tak kisah la dari bidang it, akaun, dan lain2.


From izz

Blog Unitar Konvokesyen 2007

Selamat datang diucapkan kepada anda semua yang sudi melawati blog ini. Saya izz (admin) mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung menjayakan blog ini.

Untuk pengetahuan semua, blog ini diwujudkan bagi semua siswa siswi yang ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai convocation yang telah diadakan. Selain itu, blog ini juga banyak memberi tips tentang peluang kerjaya yang ada diluar. Blog ini bukanlah blog sebenar oleh unitar, tetapi ia merupakan sebuah blog persendirian yang dibangunkan atas inasiatif pihak admin sendiri.

Segala info dan gambar yang terkandung didalam blog ini boleh disalin, ditiru dan dijual untuk kegunaan anda semua dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak admin terlebih dahulu..susunan ayat dan bahasa diblog ini adalah mengikut adunan pihak admin yang agak santai walaupun anda tidak bersantai pada waktu ini :) jika terdapat sebarang cadangan atau info bolehlah email kepada pihak admin di allbizztech@gmail.com